CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

MySpace Generators

Sunday, January 24, 2010

ISTIADAT PERMAKAMAN ALMARHUM SULTAN JOHOR

suasana semasa saya baru sampai....pukul 9 pagi di Istana Besar Johor Bahru...

orang ramai mula memenuhi jalan masuk ke Istana Besar....pukul 10 pagi...

ketibaan kerabat-kerabat diraja Johor...

wartawan dari berbagai media mengambil posisi masing-masing...

keranda jenazah Almarhum diletakkan ditengah-tengah ruang istana...untuk memberi peluang pada rakyat jelata memberi penghormatan terakhir...

kedua-dua putera Almarhum....Tunku Ibrahim Ismail dan Tunku Majid...

dua putera diraja....

suasana hening dan damai...hanya bunyi derap kasut anggota beruniform sahaja kedengaran...di iringi bunyi meriam dilepaskan sebanyak 77 das...menandakan usia Almarhum....

pembawa-pembawa mohor Diraja...

cucuanda-cucuanda serta kaum kerabat Almarhum mengiringi pedati diraja yang membawa keranda Almarhum...

pedati diraja...ditarik oleh anggota askar Timbalan Setia Negeri...

Tunku Ismail dan Tunku Majid berada disisi jenazah Almarhum diatas pedati diraja...

berjalan kaki dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah....

kerabat diraja Johor....

Sultanah Zanariah diiringi oleh Sultanah Kalsom dan Datin Seri Rosmah...masuk kepekarangan Makam Diraja...

keranda jenazah Almarhum diusung masuk ke Makam Diraja...

cucuanda Almarhum....iaitu anakanda-anakanda Sultan Johor...Tunku Ibrahim Ismail

sayu rasa hati apabila keranda Almarhum diusung melalui hadapan mata....

selamat jalan junjung kasih Tuanku....alfatihah...

rakyat jelata yang memenuhi kawasan pemakaman....

wajah-wajah sugul askar Almarhum...

pintu masuk ke Makam Diraja Johor....

askar Timbalan Setia Negeri Johor...berjalan keluar dari Makam Diraja...
**********************************************************
Pada 23 Januari 2010...terlanjur ada masa terluang dan sebagai menjalankan tanggungjawab rakyat negeri yang dinaunginya......saya mengambil kesempatan menziarah dan memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat pada hari sebelumnya....

Sebagai peringatan detik-detik istiadat permakaman Almarhum....saya rakamkan gambar-gambar diatas...al-fatihah buat Almarhum dan junjung kasih buat Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan baru kami.... rakyat Johor Darul Takzim...aminnn...

0 comments: