CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

MySpace Generators

Sunday, February 28, 2010

HAPPY BIRTHDAY IDDIN HAIQAL










Actually birthday iddin on 22 February tapi dek kerana masa tuh aku teramat sibuk dengan orders dan kakak-kakak iddin pun da sibuk nak balik hostel...aku tangguhkan celebrate birthday untuk anak bujang aku yang sorang ini.

Aku sampaikan hajat Iddin yang nak sangat kek theme bola....so taraaaa...ini la hasil keras tangan ku...blueberry layer freshcream cake....alhamdulillah it turns up very nice....deco tak ler chun....kira bole la....tapi rasa....umphhhh...anak-anak suka sesangat....masing-masing da buat request....nanti besday kita buatkan camni camtu.....hahahaha...apa-apa pun aku amat berpuas hati dapat buatkan cake buat anakku yang tersayang....

HAPPY BIRTHDAY IDDIN.....

Wednesday, February 17, 2010

e-mail kena hacked

Salam buat semua pengunjung blog saya ini....saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda tentang apa yang telah saya alami...

Saya telah menerima satu e-mail yang kononnya dari e-mail provider yang mengatakan akaun e-mail saya akan didelete dalam masa 48 jam....Jadi jika saya masih berminat untuk teruskan akaun berkenaan saya kena verify akaun tersebut. Biasanya saya tak pernah layan e-mail yang pelik2 nih tapi tak taula....mungkin dek kerana itu la satu2nya akaun e-mail saya yang aktif dan segalanya tersimpan di situ....saya verify juga sebagaimana yang diminta.

Apa yang berlaku....pagi semalam saya langsung tak dapat masuk ke akaun e-mail saya berkenaan...ini adalah kerana password saya telah ditukar oleh hacker berkenaan. Saya terus buka akaun baru dan tukar semua password....Apa yang seterusnya berlaku...hacker berkenaan telah menggunakan contact listing yang ada dalam akaun e-mail saya itu....kononnya sayalah yang menghantar.....untuk meminta bantuan kewangan....dimana saya mengalami kesusahan di kota London.

Jadi saya nasihatkan anda semua berhati-hati dengan e-mail yang pelik2 seperti ini....jangan sesekali dedahkan password anda.Melalui kawan2 yang lebih arif....mereka beritahu saya ini lah yang dinamakan "PHISHING"....please explore untuk mengetahui lebih lanjut ye...

Saya harap tiada lagi perkara yang lebih buruk dilakukan oleh hacker berkenaan....dimana e-mail akaun saya digunakan untuk perkara2 yang tidak diingini....subhanallah....

Saya berfikir untuk buat lapuran polis....