CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

MySpace Generators

Saturday, December 13, 2008

re-union kengkawan 1979







malam raya haji baru-baru nih,memang malam kenangan yang cukup bes.....aku dan kengkawan dari TMIS (1) dan kembar sekolah kami TMIS (2) bertemu dalam majlis re-union 1979.walau pun hanya setakat pertemuan di 'warung ketupat' depan hospital.....tapi majlis tuh berjalan dengan cukup meriah.

sekalung terima kasih serta tahniah terutamanya buat zol majid, dibantu oleh ana malik,bakar dan nizam yang berusaha mengumpulkan kengkawan malam tuh.walau pun ramai lagi yang sepatutnya hadir tapi tak kunjung tiba tapi.......alhamdulillah....hampir 40 orang muncul memeriahkan malam tersebut.makan pun seolah-olah kurang selera sebab seronok sangat berborak dan ketawa.

setiap yang tiba malam tuh memang kena tenung ke atas ke bawah oleh kami yang datang lebih awal.apa taknya.....nak mengecam muka yang hampir 30 tahun tak bertemu.bagi yang sama bersekolah menengah.......hampir 25 tahun tak bertemu....bayangkan la masa yang begitu lama memisahkan kami.....

macam-macam segi yang datang....ada yang kiri kanan mengembang,ada yang depan mengelembong.....tapi tak kurang juga yang maintain.....aku sendiri ntah apa part yang tak ngembang ek....hahahaha

aku bawak gambar kelas 5 Merah,mengelekek kami ketawa tengok muka masing-masing yang kiut miut masa tuh.malah ada pulak yang tak kenal muka sendiri.kami sempat ambik gambo kenang-kenangan malam tuh,semalam baru aku terima e-mail dari zol....tapi aku lom pandai nak paste gambo kat sini.....nantila akan aku usahakan.

tahniah buat bbp pasangan kengkawan yang dapat mengekalkan 'cinta monyet' mereka sebagai pasangan hidup masing-masing.bangga rasanya mendengar kehidupan kengkawan yang ramai rasanya berjaya dengan kerjaya masing-masing.buat kalangan kengkawan yang dah pergi meninggalkan kita....sama-sama kita sedekahkan al-fatihah.....moga roh-roh mereka ditempatkan di sisiNya.

mudah-mudahan allah panjangkan umur kita untuk bertemu di kesempatan yang lain dengan lebih ramai lagi kengkawan....insyaallah

0 comments: